FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Nor Fazlina Abdul Rahim dan Syaherah Mustafa


Kota Bharu: Dua kes pembalakan secara haram direkodkan di Kelantan membabitkan keluasan 32.69 hektar pada 2020 hingga tahun lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia membabitkan 10.84 hektar pada 2020 dan 21.85 hektar pada 2021.

"Kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) memandang serius isu pembalakan haram dan beberapa pendekatan diambil bagi menangani masalah itu.

"Pemantauan kawasan perhutanan dilakukan secara berkala melalui penderiaan jauh dan pemeriksaan, penggunaan dron, pemantauan berskala secara rondaan, operasi bersepadu dengan pelbagai agensi penguatkuasa dan sebagainya.

"Kerajaan negeri melalui JPNK mengambil tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah melalui Akta Perhutanan Negara 1984," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Rozi Muahamd (Pas-Tendong) berhubung jumlah kawasan pembalakan secara haram yang dikesan pada 2020 dan 2021 pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2022 @ 1:34 PM