WAN Kamarul Faisal (kanan sekali) melepaskan 50 peserta sebagai gimik memeriahkan Pelancaran Media LLR 2022 di Laman Padi, Langkawi. FOTO Hamzah Osman
WAN Kamarul Faisal (kanan sekali) melepaskan 50 peserta sebagai gimik memeriahkan Pelancaran Media LLR 2022 di Laman Padi, Langkawi. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman


Langkawi: Tidak hanya menjadi tumpuan destinasi pelancongan malah pengunjung boleh menyertai program kayuhan Langkawi Legendary Ride (LLR) 2022 edisi kedua.

Menyasarkan 1,800 peserta yang bakal mendaftar, program berkenaan dijangka berlangsung 10 September kelak turut disertai peserta dari luar negara.

Acara dianjurkan Tough Gorilla Ventures itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Legendary Ride sejauh 101 kilometer (km), Eagle Ride (60 kilometer) dan Mahsuri Ride (30 kilometer).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, berkata LLR pertama kali diadakan pada tahun 2019 dan disertai seramai kira-kira 1,000 penunggang basikal.

"Berdasarkan sambutan hangat, kami menyasarkan 1,800 peserta dengan 800 daripadanya adalah peserta antarabangsa.

"Ia sebahagian usaha untuk memulihkan ekonomi sektor pelancongan tempatan susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa mulai awal April lalu," katanya semalam.

Terdahulu, beliau melepaskan 50 peserta kayuhan sebagai gimik memeriahkan Pelancaran Media LLR 2022 di Laman Padi, di sini.

Wan Kamarul Faisal berkata, LLR 2022 juga boleh dijadikan pentas untuk sesi memanaskan badan oleh peserta menjelang kejohanan triathlon Ironman Malaysia pada 5 November ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2022 @ 5:15 PM