LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Polis sudah merakam keterangan sembilan individu bagi membantu siasatan kes pukul dan ugut bunuh membabitkan seorang pelakon lelaki popular di sebuah kondominium di Segambut, di sini, pada 16 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, sembilan individu yang dirakam keterangan adalah termasuk mangsa dan doktor yang merawat mangsa.

"Setakat hari ini, kita sudah mengambil keterangan sembilan individu berhubung kes berkenaan.

"Kertas siasatan kes itu juga sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, pelakon lelaki direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut, di sini.

Suspek berusia pertengahan 30-an yang juga penghuni di kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa dalam kejadian pada jam 8.30 malam, Khamis lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Jun 2022 @ 2:30 PM