Tujuh motosikal yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan Flat Taman Samudera di sini musnah dalam kebakaran awal pagi, hari ini.
Tujuh motosikal yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan Flat Taman Samudera di sini musnah dalam kebakaran awal pagi, hari ini.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Gombak: Tujuh motosikal yang parkir di kawasan letak kenderaan Flat Taman Samudera di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 5.25 pagi.

"Kebakaran membabitkan deretan motosikal yang diletakkan di kawasan parkir terbabit.

"Kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, siasatan mendapati tiga motosikal musnah 100 peratus, manakala baki motosikal lain musnah antara 10 hingga 70 peratus.

"Kebakaran berkenaan tidak membabitkan struktur bangunan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Operasi tamat pada 6 pagi dan siasatan berhubung punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2022 @ 1:13 PM