KEDAI tayar yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
KEDAI tayar yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
Hafidzul Hilmi MohdNoor


Kuala Lumpur: Sebuah kedai tayar musnah selepas terbakar 80 peratus dalam kebakaran di Bandar Bukit Puchong, dekat sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, kebakaran turut membabitkan empat kenderaan yang berada di dalam kedai berkenaan.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Cyberjaya, BBP Subang Jaya dan BBP Petaling Jaya bersama beberapa jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan sebuah kedai tayar jenis teres dua tingkat yang musnah 80 peratus dan empat kenderaan jenis Toyota Avanza, Audi Q7, Proton Saga serta sebuah lori yang musnah 90 peratus," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira dua jam kemudian dan tiada mangsa yang dilaporkan terbabit dalam kejadian berkenaan.

Katanya, punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Oktober 2021 @ 1:38 PM