ANGGOTA APMM mengangkat mayat yang ditemui di Pulau Bunting sebelum diserahkan kepada polis. FOTO Ihsan APMM.
ANGGOTA APMM mengangkat mayat yang ditemui di Pulau Bunting sebelum diserahkan kepada polis. FOTO Ihsan APMM.
Zuliaty Zulkiffli


Yan: Mayat lelaki hampir reput ditemui terapung di kedudukan 7.0 batu nautika barat laut Pulau Bunting, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, mayat itu ditemui nelayan pada 10.50 pagi yang menghubungi talian MERS 999 untuk makluman.

Katanya, bot ronda pihaknya digerakkan selepas dimaklumkan Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi untuk bantuan memindahkan mayat.

"Mayat itu kemudiannya dibawa ke Jeti Feri Kuala Kedah dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Balai Polis Yan di talian 04-4655222.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2022 @ 4:47 PM