Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Bekas wartawan New Straits Times Abdul Shukor Abdul Rahman, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Jalan Kebun Nyiur di sini, hari ini.

Allahyarham yang pernah menjadi Ketua Biro NST di Pulau Pinang meninggal dunia pada usia 75 tahun di sisi isterinya, Rohaida Yahya, 64, pada 3.15 petang.

Rohaida berkata, Allahyarham berkhidmat sebagai wartawan NST sekitar tahun 70-an sebelum bersara pada 2013.

ALINA menunjukkan foto bapanya. FOTO Foto Zuhainy Zulkiffli
ALINA menunjukkan foto bapanya. FOTO Foto Zuhainy Zulkiffli

Katanya, Allahyarham tidak mengalami sakit dan hanya mengadu sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

"Saya sangka arwah mengalami kelelahan biasa berikutan faktor usia sebelum saya hubungi ambulans.

"Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Jelutong, malam ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2022 @ 11:41 PM