SHAHIRA menunjukkan buku Laporan Hasanah 2021. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
SHAHIRA menunjukkan buku Laporan Hasanah 2021. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Suraya Roslan


Subang: Yayasan Hasanah mengumumkan pengagihan RM554 juta melalui program intervensi dengan sasaran kepada 1.48 juta individu berjaya dicapai tahun lalu.

Yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad itu turut melancarkan Laporan Hasanah 2021 hari ini dengan capaian menerusi 222 projek membabitkan kolaborasi dengan 169 rakan kerjasama yang dianugerahkan geran.

Antara rakan kerjasama itu terdiri daripada organisasi masyarakat sivil, agensi kerajaan, perusahaan sosial dan juga badan korporat di Malaysia dengan usaha merangkumi lima bidang impak pendidikan, pembangunan komuniti, alam sekitar, kesenian dan ruang awam serta ilmu pengetahuan.

Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah Datuk Shahira Ahmed Bazari berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat memainkan peranan menempuh 2021 yang mencabar antaranya melalui pemberian biasiswa, usaha bantuan kemanusiaan, program sara hidup, pengagihan makanan dan akses kepada pendidikan.

"Semua program ini membawa impak kepada insan yang memerlukan merentasi segenap lapisan masyarakat.

"Pencapaian ini hasil kerjasama strategik antara organisasi masyarakat sivil, korporat Malaysia, agensi kerajaan serta Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan," katanya dalam majlis pelancaran Laporan Hasanah 2021 dan Rumah Terbuka Aidilfitri di sini, hari ini.

Menurutnya, antara kerjasama yang dilaporkan adalah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat

Malaysia yang dilaksanakan kerajaan untuk memerangi wabak Covid-19, menjaga kebajikan rakyat dan membantu kesinambungan perniagaan.

"Ini termasuk RM25 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi Rangkaian Tindak Balas Bencana (GDRN)

Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

"Melalui rangkaian ini, Yayasan Hasanah menyalurkan RM16.5 juta kepada 32 GLC dan organisasi korporat di bawah sebuah geran padanan menjangkau 200,000 penerima," katanya.

Katanya, selain itu, dengan kerjasama Kementerian Kewangan, yayasan itu juga sedang mencari pemohon untuk Program Geran Khas Hasanah 2022 dan masih menerima permohonan bagi geran

bernilai RM100 juta yang akan disalurkan pada tahun ini.

"Mereka yang berminat boleh memohon di https://yayasanhasanah.org/hasanah-special-grant-2022 dengan sasaran 200 penerima tahun ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2022 @ 7:44 PM