Nurshafika Suhaimi

TAHUN ini, vivo Malaysia bekerjasama dengan Multimedia Production Film menerbitkan sebuah filem pendek bertajuk 'Chup! Raya Dulu!'.

Filem berdurasi sembilan minit 33 saat ini dirakam sepenuhnya menggunakan vivo X80, telefon pintar fotografi profesional dengan teknologi pengimejan mudah alih termaju hasil rekaan bersama ZEISS.

Menekankan kepentingan kehidupan bermasyarakat yang positif dalam masyarakat, filem pendek arahan Ghaz Abu Bakar ini menampilkan Kassim (Datuk Afdlin Shauki), isterinya Zaleha (Diana Danielle) dan anak mereka, Kamil (Irfan) yang begitu bangga dengan rancangan percutian hari raya mereka sebelum pandemik melanda. 

Malangnya, ketika menghadapi pandemik, perniagaan Kassim merudum sehingga mereka tidak mampu lagi meneruskan rancangan untuk bercuti di Switzerland.

Namun, Kassim terpaksa mengambil keputusan untuk berpura-pura pergi bercuti sedangkan mereka berada di rumah kerana mereka telah bermegah-megah dan bercerita kepada jiran-jiran mengenai rancangannya.

Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu berkata, di vivo, mereka berpegang kepada keteguhan perpaduan dan kerendahan hati. 

"Ciri-ciri inilah yang dapat memajukan manusia tanpa mengira status atau latar belakang individu. Oleh itu, kami begitu teruja untuk turut serta dalam projek filem pendek ini kerana nilai-nilai positif yang dibawakan akan menjadikan sambutan hari raya pada tahun ini lebih bermakna.

"Teknologi pengimejan termaju yang dibangunkan bersama ZEISS pada vivo X80 Pro merealisasikan slogan kami iaitu 'Sinematik, Ditakrifkan Semula' (Cinematics, Redefined), di samping menyerlahkan filem pendek ini dan membantu menonjolkan keupayaan penggambaran telefon pintar tersebut," katanya.

Lebih menarik, proses penggambaran yang dijalankan dengan vivo X80 Pro telah merapatkan jurang antara kamera telefon pintar dan peranti filmografi profesional.

Sementara itu, Ghaz berkata, pengalaman mengarah 'Chup! Raya Dulu!' merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan baginya.

"Setiap kali saya mengarah filem, saya akan mewujudkan sinergi sinematik menerusi cahaya dan bayang-bayang serta imbangan antara kedua-dua elemen tersebut.

"Saya harap filem pendek ini dapat memberikan kegembiraan, humor dan pengajaran kepada rakyat Malaysia yang menontonnya, dan saya berharap mereka dapat merasai keseronokan menonton filem pendek ini sama seperti keseronokan yang saya rasakan ketika mengarah," ujarnya.

Filem pendek ini turut menampilkan lagu tema bertajuk 'Takbir Lebaran' yang dinyanyikan oleh penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Berdasarkan lagu asal 'Nazam Lebaran', lagu ini menggambarkan kisah dalam filem pendek ini, yang memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan kehidupan bermasyarakat yang positif dan berkongsi kegembiraan menyambut lebaran bersama.

Ingin tahu kesudahan filem pendek 'Chup! Raya Dulu!'? Anda boleh tonton di saluran rasmi YouTube vivo Malaysia. 

Ingin mencipta video hebat setanding filem pendek 'Chup! Raya Dulu!'? Pra-tempah vivo X80 Pro hari ini di laman web vivo Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2022 @ 6:13 PM