Ikuti siri video masakan Chef Si Comel menerusi SmartHeart TV Channel - FOTO Hiasan.
Ikuti siri video masakan Chef Si Comel menerusi SmartHeart TV Channel - FOTO Hiasan.
Mohammad Asyraf Khalib

COMEL dan luar biasa, ini perkataan paling sesuai menggambarkan telatah seekor kucing yang berjaya mengacarakan sebuah program masakan di YouTube. 

Video pendek berdurasi satu minit itu menampilkan seekor kucing yang dikenali sebagai Chef Si Comel, mengajar penonton cara menyediakan makanan yang lazat dan berkhasiat.

Walaupun hanya satu minit, keletahnya yang sangat mencuit hati membuatkan sesiapa saja yang menonton tidak bosan serta teruja menanti video seterusnya.

Setakat ini, video masakan pertama yang dimuat naik di YouTube SmartHeart MY berjaya meraih lebih 200 ribu tontonan. 

Ingin tahu mengapa Chef Si Comel begitu popular di YouTube? Tonton video di bawah ini.

Siapa Chef Si Comel?

Bagi yang belum mengenali Chef Si Comel, sosok kucing gebu yang memiliki bulu panjang berwarna putih ini sebenarnya tidak asing lagi dalam kalangan penggemar rangkaian produk SmartHeart. 

Wajah anggun yang menghiasi bungkusan produk SmartHeart sejak sekian lama, membuatkan Chef Si Comel antara personaliti kucing paling popular yang menjadi idaman ramai pecinta kucing.

Mengimbau detik awal kemunculan, semua bermula dengan keberanian Chef Si Comel meneroka beberapa resipi masakan baharu. 

Setiap hari, dia mencuba pelbagai teknik masakan dengan menggabungkan bahan masakan yang segar serta berkualiti bagi menghasilkan hidangan lengkap dan sempurna.

Kejayaan menghasilkan hidangan terbaik tidak datang dengan mudah apabila Si Comel turut diduga dengan pelbagai cabaran termasuk berdepan detik cemas apabila masakan hangus di dapur. 

Namun, segala keperitan terubat apabila nama Chef Si Comel terus dikenali ramai, sekali gus membuka peluang untuk dia berkongsi manfaat dengan kucing lain yang kurang bernasib baik di jalanan. 

Kini, Chef Si Comel terus dikagumi ramai selepas berjaya menghasilkan pelbagai rangkaian produk makanan kucing terbaik merangkumi makanan kering, basah dan juga snek kucing. 

Bagi pemilik kucing yang mendambakan kucing yang sihat, cantik dan gebu seperti Chef Si Comel. 

Pastikan anda menjadikan rangkaian produk SmartHeart pilihan utama kerana produk ini menyimpan seribu satu kebaikan buat Si Comel. 

Selain mengunjungi kedai berhampiran, produk SmartHeart juga boleh didadapati secara dalam talian menerusi Shopee, Lazada atau SmartHeart Online Shop.

Teka dan menang!

Image

Sementara itu, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyertai peraduan Jom Kenali Chef Si Comel SmartHeart yang diadakan bermula 1 Februari 2022 hingga 20 Februari 2022.

Anda hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah mengenai Chef Si Comel menerusi pautan ini dan jangan lupa sertakan gambar hiasan hidangan SmartHeart bertema merah jambu. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan terkini Chef Si Comel, layari laman Facebook SmartHeart Cat Malaysia atau Instagram @smartheart_my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Februari 2022 @ 1:03 PM