AHMAD Yakob. FOTO Arkib NSTP
AHMAD Yakob. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Kota Bharu: Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju mengubah hari kelepasan am (Cuti Peristiwa) bagi negeri ini dari tarikh asal pada 5 Mei (Khamis) kepada 4 Mei ini (Rabu).

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan itu susulan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok (2 Mei).

Media sebelum ini melaporkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju mengisytiharkan 5 Mei sebagai hari kelepasan am (Cuti Peristiwa) bagi negeri Kelantan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2022 @ 10:48 PM