FESYEN menjadi platform ekspresi diri yang berinteraksi kepada orang ramai daripada semua lapisan masyarakat.
FESYEN menjadi platform ekspresi diri yang berinteraksi kepada orang ramai daripada semua lapisan masyarakat.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Edisi November Pra Tonton Fesyen AEON (AFP) tampil dengan acara peragaan fesyen malar segar dan bertenaga, menyerlahkan lagi keyakinan diri golongan muda.

Apa yang menariknya pada edisi kali ini, ia menjalinkan kolaborasi bersama komuniti pelajar dari Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT).

Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, Low Ngai Yuen berkata, fesyen tidak lagi perlu terhad kepada piawaian yang sempit dan pusat beli-belah itu turut menghargai kepelbagaian bentuk badan, saiz, etnik, jantina serta kebolehan.

Justeru kata Ngai Yuen, saiz yang inklusif, pakaian yang boleh disesuaikan dan pilihan mampu milik, tetapi bergaya menjadi keutamaan pihaknya.

Katanya, fesyen kini menjadi platform ekspresi diri yang berinteraksi kepada orang ramai daripada semua lapisan masyarakat.

"Ini bertepatan dalam kerjasama kami bersama Steven Sunny, #ownwhatyouwear pergerakan yang dicetuskan sejak tahun lalu dengan kurator gaya yang luar biasa dan ikonik.

"Kami komited kepada kepercayaan bahawa fesyen mesti mencerminkan kepelbagaian keseluruhan manusia dan percaya bahawa setiap orang berhak berasa yakin untuk menyatakan identiti mereka melalui pakaian.

"AEON berusaha menjadikan fesyen bukan sahaja mencerminkan masyarakat, bahkan sebagai pemangkin kepada perubahan positif, ini kerana trend bukan mengenai keterangkuman dan kebolehcapaian.

"Sebaliknya ia adalah unjuran industri fesyen yang lebih menyayangi dan representatif," katanya.

ANTARA tema fesyen untuk segmen muda di pusat beli-belah berkenaan.
ANTARA tema fesyen untuk segmen muda di pusat beli-belah berkenaan.

Dalam pada itu, untuk segmen muda, pusat beli-belah berkenaan merangka semula tiga tema yang akan menjadi bualan iaitu pakaian anime pakaian jalanan, pakaian denim dan pakaian perayaan.

Pakaian jalanan anime misalnya muncul sebagai trend yang dominan dengan pantas, ia memikat hati peminat fesyen dengan gabungan unik estetika bandar dan motif moden.

Justeru, koleksi baharu akan menyasarkan rangkaian yang pelbagai dan menarik.

Bagi meraikan inovasi pereka generasi seterusnya, sekumpulan pelajar fesyen dari Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif (FCCI) TARUMT mengambil bahagian dalam menggayakan semula koleksi Naruto, mengubahnya menjadi 'cosplay couture', pakaian jalanan grafik dan aksesori berinspirasikan anime.

Fesyen denim pula sudah melalui transformasi bertahun lamanya sehingga berkembang menjadi fesyen serba boleh yang merentas generasi.

Ketahanan dan keselesaan fabrik yang pada asalnya direka buat untuk tugasan berat, diberikan nafas ekspresi baharu dalam fesyen kontemporari.

Revolusi pakaian perayaan pula menyerlahkan gaya perayaan tradisional yang melangkaui batasan usia

Sementara itu, selaras dengan komitmen syarikat berkenaan kepada Sasaran 8 dan 15 Sasaran Pembangunan Kelestarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pratonton fesyen itu juga menggalakkan aspek kelestarian.

EDISI AFP kali ini AEON menjalinkan kolaborasi bersama komuniti pelajar dari TARUMT.
EDISI AFP kali ini AEON menjalinkan kolaborasi bersama komuniti pelajar dari TARUMT.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Disember 2023 @ 7:01 AM