Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Lelaki Bangladesh maut selepas tersepit dalam mesin pemampat kertas di sebuah kilang kitar semula di Jalan Lahat, Menglembu, di sini, malam tadi.

Pada kejadian kira-kira 7 malam itu, Yousuf Abu, 35, yang juga pekerja di kilang itu disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, keterangan awal daripada rakan senegara mangsa mendapati mangsa dijumpai terbaring di tepi mesin mampat kertas dalam keadaan berdarah.

Katanya, hasil siasatan awal bagaimanapun mendapati insiden tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.

"Tiada luka-luka akibat pergelutan atau luka mempertahankan diri pada si mati," katanya menerusi kenyataan. hari ini.

Beliau berkata, justeru itu, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut membabitkan kemalangan di tempat kerja.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2022 @ 9:04 AM