Perniagaan lebih cekap dengan aplikasi M2U Biz. - FOTO Maybank
Perniagaan lebih cekap dengan aplikasi M2U Biz. - FOTO Maybank
Muhamad Shaifullah Tayep

MENGURUSKAN perniagaan dengan cara tradisional sememangnya meletihkan.

Merekod setiap transaksi harian dalam buku catatan pastinya mengelirukan keadaan di tambah urusan lain yang perlu diselesaikan setiap hari.

Memudahkan peniaga perusahaan industri kecil (SME), Maybank menambah fungsi Maybank2U Biz di laman web Maybank2U yang membantu mereka mendigitalkan operasi perniagaan dan menjadikan urusan harian lebih cekap.

Terbaharu, Maybank memperkenalkan aplikasi M2U Biz yang memberikan peniaga SME baharu dan sedia ada pilihan saluran lain bagi memberikan pengalaman mudah alih sepenuhnya.

Untuk mengakses aplikasi M2U Biz, pengguna perlu mendaftar akaun Maybank Business dan memilih M2U Biz sebagai kaedah untuk mengakses keperluan perbankan digital.

Dengan aplikasi M2U Biz, pengguna yang dilantik boleh memilih dan memiliki satu daripada tiga tahap akses akaun yang berbeza mengikut struktur perniagaan.

Tiga tahap akses itu ialah Viewer, Maker dan Checker.

Viewer membolehkan pengguna melihat semua butiran akaun, manakala Maker dapat melihat serta membuat transaksi selepas mendapat persetujuan pemeriksa dan Checker mampu melihat dan menyetujui transaksi yang dilakukan Maker.

Aplikasi M2U Biz membolehkan pengguna melihat semua aset dan liabiliti supaya dapat menghasilkan aliran tunai lebih baik.

Pengguna juga mempunyai ketelusan untuk menjejak aset anda yang terdiri daripada akaun, deposit tetap dan liabiliti yang terdiri daripada sewa beli dan pinjaman dengan mudah.

Mengeksport data kewangan perniagaan sehingga 12 bulan terakhir juga lebih mudah dengan fail CSV yang boleh digunakan dengan perisian perakaunan pihak ketiga.

Transaksi di mana sahaja

Menyelesaikan pembayaran perniagaan juga lebih mudah apabila transaksi boleh dilakukan di mana sahaja, justeru pengguna mempunyai banyak masa untuk perkara penting yang lain.

Ini kerana, segalanya boleh dilakukan dalam aplikasi mudah alih pada telefon bimbit yang meningkatkan kecekapan dengan fungsi penetapan bayaran berulang dan penerima bayaran kegemaran.

Image

Buat pengguna tahap akses Checker, anda boleh meluluskan sehingga 10 transaksi sekaligus dengan tempoh persetujuan tujuh hari.

Malah, pengguna juga dapat menjimatkan masa dan kertas kerja kerana invois tampak profesional yang boleh diubahsuai mengikut kesesuaian serta keperluan dapat dihasilkan daripada aplikasi dalam masa yang singkat.

Ia seterusnya boleh terus dihantar kepada pelanggan melalui e-mel atau aplikasi WhatsApp dan dipantau serta diberi peringatan secara mudah alih sekiranya terdapat invois yang masih belum dibayar.

Pembayaran dijamin selamat

Aplikasi M2U Biz menggunakan kaedah pembayaran Secure2U yang dijamin selamat bagi memberi kelegaan dalam menguruskan kewangan dan mengurangkan pendedahan terhadap penipuan atau keperluan untuk bergantung pada jaringan telekomunikasi.

Bagi menggalakkan peniaga SME untuk mencuba aplikasi M2U Biz, Maybank mengadakan peraduan Power 2 Win yang menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM30,000.

Peniaga SME yang berminat hanya perlu mendaftar masuk ke aplikasi M2U Biz, lakukan bayaran bil atau JomPay serendah RM30 dan pindahan wang ke akaun Maybank atau pihak ketiga menggunakan DuitNow serendah RM30 serta mengeluarkan invois.

10 pemenang bertuah akan dipilih setiap bulan dalam tiga pusingan pada bulan Oktober, November dan Disember 2021.

Sekiranya anda pelanggan M2U Biz, muat turun aplikasi M2U Biz di Google Play Store atau Apple AppStore.

Pelanggan sedia ada Maybank Business boleh mendaftar M2U Biz dengan mengikuti langkah ini.

Manakala, pelanggan baharu Maybank boleh mendaftar akaun di sini.

Layari laman web Maybank untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi M2U Biz atau peraduan Power 2 Win.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 November 2021 @ 3:55 PM