Hairul Azreen memilih untuk melakukan sesuatu  bersama Maybank - FOTO Maybank
Hairul Azreen memilih untuk melakukan sesuatu bersama Maybank - FOTO Maybank
Nurshafika Suhaimi

PENGALAMAN membuat pembiayaan peribadi pasti sukar bagi kebanyakan individu hingga membuatkan ramai yang putus asa untuk memohon. 

Lazimnya, keputusan untuk tidak meneruskan pembiayaan disebabkan oleh mereka berdepan dengan proses yang rumit dengan pelbagai dokumen diperlukan.

Bagaimanapun, segalanya mudah dan cepat dengan Maybank, yang menawarkan pelbagai kemudahan produk kewangan dan perbankan yang memenuhi keperluan pengguna.

Hairul Azreen bijak urus kewangan

Semua sedia maklum, pelakon filem Paskal, Hairul Azreen sememangnya mempunyai jadual yang sibuk dan padat.

Justeru itu, Hairul sentiasa memilih melakukan sesuatu yang mudah dan cepat.

Daripada bersenam, memasak, melakukan aktiviti harian, bekerja sehinggalah kepada hal kewangan, beliau memilih sesuatu yang mudah. 

Melangkah ke hadapan, Hairul Azreen memilih Pembiayaan Peribadi Maybank untuk kegunaannya dan keluarga kerana segalanya lebih mudah dan cepat melalui aplikasi MAE.

Aplikasi MAE dilengkapi dengan ciri-ciri perbankan baharu yang membantu pelanggan menguruskan kewangan lebih baik.

Antara ciri menarik termasuk menabung, mengenal pasti perbelanjaan dan mempunyai kebolehan e-dompet. 

Bukan itu sahaja, kini anda juga boleh membuat permohonan Pinjaman Peribadi Maybank atau Pembiayaan Peribadi-i Maybank Islamic menerusi aplikasi MAE.

Menariknya, ianya boleh dilakukan sepantas 10 saat untuk permohonan diluluskan tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan bank bagi pelanggan dengan gaji bulanan yang dikreditkan ke dalam akaun Maybank mereka. 

Segalanya boleh dilakukan daripada aplikasi MAE dan laman web Maybank2u dengan mudah dan cepat.

Ia sekali gus membantu kerajaan mengekang penularan Covid-19 dengan menyelesaikan semua urusan pinjaman di rumah. 

Bagi pelanggan yang bekerja sendiri, terdapat beberapa dokumen yang perlu dimuat naik seperti slip gaji enam bulan terkini dan borang B terkini bersama resit cukai rasmi. 

Lebih menarik, bagi anda yang memohon Pinjaman Peribadi Maybank atau Pembiayaan Peribadi-i Maybank Islamic sebelum 15 Julai 2022, anda berpeluang memenangi ganjaran wang tunai berjumlah RM50,000.

Daripada aplikasi MAE atau laman web Maybank2u, pemohon boleh memohon pembiayaan sehingga RM100,000 dengan tempoh sehingga enam tahun dan kadar keuntungan tetap serendah 6.5 peratus setahun.*

Maybank juga menawarkan dua jenis pilihan konvensional dan Islamic mempunyai ciri yang serupa.

Bagaimanapun, pilihan Islamic lebih patut syariah dan tidak mempunyai yuran penyelesaian pembayaran awal. 

Peluang ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur antara 21 tahun hingga 60 tahun dengan pendapatan kasar bulanan RM3,500 ke atas.

Secara jelasnya, pembiayaan peribadi merupakan alternatif terbaik buat anda yang dalam kecemasan atau memerlukan dana tambahan.

Dapatkan pinjaman peribadi anda semudah mencapai kopi menerusi aplikasi MAE atau laman web di sini Maybank atau pembiayaan peribadi Maybank Islamic di sini.  Klik sini untuk panduan pengguna. 

Bagi anda yang belum memuat turun aplikasi MAE, ia boleh didapati menerusi  App Store atau Google Play Store.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2022 @ 2:20 PM