AGI McDonald’s dianjurkan setiap tahun oleh restoran khidmat segera ini sebagai penghargaan kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya. - FOTO McDonald’s
AGI McDonald’s dianjurkan setiap tahun oleh restoran khidmat segera ini sebagai penghargaan kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya. - FOTO McDonald’s
Nur Amirah Abd Rani

KERJAYA sebagai seorang guru atau pendidik bukanlah mudah kerana ia turut hadir bersama tanggungjawab yang berat untuk mendidik, membentuk dan memberi inspirasi kepada anak bangsa.

Bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru yang menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki dalam mendidik, McDonalds kini kembali dengan Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald's buat tahun keenam.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, terdapat banyak perubahan berlaku dalam sistem pendidikan sejak dua tahun lalu apabila guru perlu melalui peralihan daripada pengajaran di dalam kelas kepada kelas secara dalam talian termasuk pengajaran secara hibrid. 

Datuk Azmir Jaafar

"Guru-guru seperti ini memberi inspirasi serta membawa pengaruh positif sehingga mewujudkan kesan besar dan mengubah perspektif kehidupan para pelajar untuk membesar sebagai individu yang mengenali potensi diri,"  kata Azmir.

Oleh itu, sejak pertama kali diperkenalkan pada 2017, AGI McDonald's sentiasa mengiktiraf golongan pendidik yang sentiasa komited dan berdedikasi demi mendidik pemimpin masa hadapan negara.

Seramai 25 guru dipilih sebagai pemenang dan menerima wang tunai RM5,000, manakala pencalon yang mencalonkan guru yang menang akan menerima baucar hadiah McDonald's bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.

Guru yang terpilih menerima anugerah ini dinilai oleh panel juri yang terdiri daripada wakil McDonald's, Kementerian Pendidikan dan media.

Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang layak termasuklah kemampuannya meningkatkan prestasi akademik pelajar, menggunakan kaedah pengajaran berinovasi dan di luar kotak, melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas hakiki untuk membantu pelajar dan memberi impak positif kepada diri pelajar.

Pelajar, guru dan orang awam boleh membuat pencalonan dengan perkongsian kisah 'Cikgu Luar Biasa' melalui tiga langkah mudah iaitu log masuk ke http://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi.

Seterusnya, terangkan secara bertulis bagaimana calon guru memberi inspirasi kepada diri pencalon dan hantar borang pencalonan.

Borang pencalonan boleh dihantar dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Mandarin dan pencalon juga boleh melampirkan gambar guru sebagai dokumen sokongan.

Tunggu apa lagi, calonkan kisah guru inspirasi anda sebelum  2 April 2022 di http://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi.

AGI McDonald's dianjurkan setiap tahun oleh restoran khidmat segera ini sebagai sebahagian daripada komitmen bagi menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2022 @ 3:27 PM