JASA guru sememangnya sangat besar dan tidak terungkap dengan kata-kata.

Bayangkanlah ada diantara mereka yang melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas hakiki.

Ucapan terima kasih saja pastinya tidak mampu membalas segalanya.

Justeru, bagi menghargai dan mengiktiraf guru yang melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas hakiki demi menghasilkan impak yang berpanjangan kepada pelajar, McDonald's Malaysia menerusi Anugerah Guru Inspirasi McDonald's mengumumkan 25 pemenang yang dicalonkan dari seluruh negara untuk anugerah ini.

Bagaimanapun, sejajar dengan pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan, McDonald's bekerjasama dengan kakitangan sekolah untuk membuat kejutan kepada guru yang menerima anugerah dan pelajar mereka menerusi panggilan video.


Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Azmir Jaafar berkata tahun ini pihaknya menerima hampir 5,000 kisah dari seluruh negara.

Katanya, dari jumlah penyertaan itu, seramai 25 guru luar biasa diiktiraf kerana memupuk nilai moral yang mantap dan tidak pernah menyerah kalah dalam membina kecemerlangan pelajar, sekali gus menjadi tunjang kekuatan kepada pelajar dalam mengharungi pasang surut kehidupan.

"Membaca kisah yang luar biasa tahun ini mengenai komitmen guru, dedikasi tinggi dan rasa kasih yang mendalam kepada pelajar memperkukuhkan lagi keyakinan kami bahawa guru perlu diberi penghargaan terbaik atas segala usaha mereka.

"Melalui anugerah ini, McDonald's Malaysia berhasrat untuk mewujudkan platform yang akan mengabadikan kisah guru luar biasa supaya usaha dan semangat mereka sebagai pendidik dijadikan teladan.

"McDonald's berbangga dengan dedikasi guru dan Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini adalah penghormatan kepada mereka terhadap komitmen tersebut," katanya.

Dicalonkan oleh pelajarnya yang sangat terharu dengan sikap penyayang dan keluruhan budinya, Selvamary Lourdesamy dari Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12, Selangor, bersyukur menjadi salah seorang pemenang.

"Sebagai guru, kami tidak mengharapkan balasan membantu pelajar kerana ia sebahagian daripada tugas.

SELVAMARY.
SELVAMARY.

"Kejayaan pelajar merupakan kejayaan kami," kata Selvamary yang terkenal dengan nota yang berkesan untuk mata pelajaran Biologi sekali gus menjadikan subjek itu mudah difahami serta pengorbanannya meluangkan masa selama lima jam untuk mengadakan kelas tambahan selepas waktu sekolah.

Tidak pernah mengenal erti putus asa walaupun berdepan dengan pelajar buta huruf serta ibu bapa yang kurang memberi sokongan melayakkan guru dari Sekolah Kebangsaan Limpaki, Sarawak, Darrel Wong Lee menjadi penerima anugerah untuk tahun ini.

Bukan itu saja, Darrel juga mewujudkan saluran YouTube untuk memperkenalkan strategi pembelajaran abad ke-21 berbentuk 'flipped learning' dan terbaharu melaksanakan program untuk menggalakkan ibu bapa membaca bersama anak-anak mereka.

DARREL mengharungi segala kepayahan dengan senyuman dan semangat yang gitu untuk pelajarnya.
DARREL mengharungi segala kepayahan dengan senyuman dan semangat yang gitu untuk pelajarnya.

"Terima kasih McDonald's untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2020 ini. Saya gembira melihat usaha-usaha ini diiktiraf dan kemenangan ini sesungguhnya di luar jangkaan saya", katanya.

Sementara itu, kemampuan pelajar Melayu di perkampungan kecil di Gelang Patah, Johor bertutur bahasa Mandarin melayakkan guru di Sekolah Kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar, Abdul Muiz Hussin menjadi salah seorang daripada 25 penerima anugerah untuk tahun ini.

Katanya, adalah penting untuk pelajarnya meningkatkan ilmu dengan mempelajari bahasa Mandarin, selaras dengan pembangunan yang pesat di sekeliling perkampungan itu.

ABDUL Muiz.
ABDUL Muiz.

"Saya sama sekali tidak menjangka kisah saya mengajar bahasa Mandarin di perkampungan nelayan kecil akan meraih penghargaan McDonald's.

"Menjadi pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2020 adalah satu penghormatan buat diri saya", katanya yang tidak pernah menerima pendidikan bahasa Cina secara formal selain mempelajarinya daripada seorang rakan kolej.

Setiap penerima anugerah menerima hadiah wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Pencalon pula akan menerima baucar bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan untuk sumbangan cerita mereka.

Selain itu, sebagai tanda penghargaan kepada pendidik, McDonald's Malaysia menawarkan tawaran eksklusif sempena Hari Guru ini.

Pelanggan boleh mendapatkan dua latte ais saiz sederhana dan dua Oreo McFlurry dengan harga RM14.99, mulai 15 hingga 22 Mei 2020 menerusi aplikasi McDonald's di Google Play store atau Apple app store.

Lawati https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/winners/2020 untuk membaca kesemua 25 kisah dan hayati pelbagai usaha wira-wira yang tidak didendang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2020 @ 11:17 AM