BAZLAN berucap pada PAU 2021. FOTO ihsan UMNO
BAZLAN berucap pada PAU 2021. FOTO ihsan UMNO
Yusmizal Dolah Aling dan Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan Pas wajar ditamatkan antara yang disuarakan perwakilan Umno dalam Perhimpunan Agung Umno 2021 (PAU 2021).

Perwakilan Terengganu, Bazlan Abd Rahman berkata, MN dilihat hanya tinggal nama apabila Pas dilihat tidak bersungguh memperkasakan gabungan itu.

Menurutnya, tidak guna Umno meneruskan kerjasama itu sedangkan Pas dilihat sudah beralih arah dengan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) dalam dua siri Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Umpama bunga tanggal kelopak, ibarat madu habis manisnya. Hilang tidak dicari, sakit tidak diubati, habis tidak diganti.

"Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Pas dilihat seperti Umno yang menyebabkan MN retak menanti belah," katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung Umno 2021 (Pau 2021) di Pusat Dagangan Dunia, di sini, hari ini.

Ketika berucap juga, beliau turut berkongsi pengalaman kerjasama MN antara dua parti itu di Terengganu.

Katanya, desakan turut disuarakan akar umbi agar kerjasama ini ditamatkan segera.

"Tidak perlu meneruskan kerjasama jika orang sudah tidak sudi. Keputusan paling tepat adalah menamatkan segera kerjasama MN," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2022 @ 2:36 PM