Mazizul Dani


Kuala Lumpur: "Hari pertama pun dah macam-macam yang ada seperti gerai jualan dan pameran. Tak sabar nak tengok apa lagi yang akan berlaku empat hari ini," kata penuntut kejururawatan, Aimie Shazrina Hasbullah, 25.

Dia bercakap mengenai Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU 2016) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

"Ini kali pertama saya hadir pada perhimpunan ini banyak pengalaman yang saya dapat. Di tingkat atas macam-macam ada, makanan, pakaian, rasa 'best' kat sini," katanya.

Perhimpunan kali ke-70 ini membuka tirai, hari ini, dan dijangka dihadiri 5,732 perwakilan sehingga Sabtu.

Sementara itu, kakitangan awam, Azmi Abdullah, 50-an, yang juga pertama kali menghadiri perhimpunan ini teruja melihat kemeriahan PAU 2016.

"Saya lihat sekeliling dan nampaknya sangat meriah sebab ada macam-macam barang dan produk yang dijual. Sambil perwakilan hadir sertai perhimpunan ini mereka juga boleh lihat-lihat apa yang ada. Perhimpunan ini nampaknya bagus untuk usahawan," katanya.

Seramai 1,193 petugas media daripada 48 agensi termasuk tiga agensi antarabangsa membuat liputan pada perhimpunan kali ini.

Sebanyak 681 usul diterima dari 191 Bahagian Umno dengan 510 diterima dan dikategorikan mengikut kluster iaitu politik, sosial, agama, pendidikan dan ekonomi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2016 @ 8:05 PM
"INI kali pertama saya hadir pada perhimpunan ini. Banyak pengalaman yang saya dapat. Di tingkat atas macam-macam ada, makanan, pakaian, rasa 'best' kat sini," kata Aimie Shazrina Hasbullah.
"INI kali pertama saya hadir pada perhimpunan ini. Banyak pengalaman yang saya dapat. Di tingkat atas macam-macam ada, makanan, pakaian, rasa 'best' kat sini," kata Aimie Shazrina Hasbullah.