Yebeng menawarkan pilihan kasut mampu milik untuk semua peringkat usia. - Foto Yebeng
Yebeng menawarkan pilihan kasut mampu milik untuk semua peringkat usia. - Foto Yebeng
Muhamad Shaifullah Tayep

IBU bapa pasti runsing sekiranya kasut sekolah dipakai anak sudah rosak walhal belum mencecah usia setahun.

Ditambah dengan masalah kewangan khususnya mereka yang berada di kawasan pedalaman, agak sukar untuk mereka bergerak ke pekan untuk membeli kasut sekolah baharu ditambah kebanyakan kasut yang dijual pada harga melebihi bajet.

Menawarkan pilihan lebih mesra poket untuk rakyat Malaysia, peruncit kasut Yebeng yang mempunyai pengalaman 40 tahun dalam penjualan kasut mengadakan kempen Kembali ke Sekolah.

Image

Kempen Kembali ke Sekolah menawarkan promosi jimat seperti harga diskaun untuk beg sandang, kotak pensil dan sebagainya pada harga serendah RM1.90 untuk setiap pembelian RM20 ke atas.

Selain itu, ia juga menawarkan promosi dua pasang kasut sekolah jenama Nsport pada harga RM69 yang sememangnya sukar didapati di mana-mana.

Siri kasut sekolah jenama Nsport hadir dalam pelbagai bentuk rekaan seperti Velcro, Lacing dan Slip-on yang boleh dipilih mengikut keselesaan pemakai.

Tapak kasut jenama Nsport hadir dalam rekaan sarang lebah EVA yang selesa dan lembut bagi membolehkan pemakai aktif sepanjang hari.

Manakala, rekaan tapak luar kasut yang tidak licin pula menjamin keselamatan pemakai sepanjang masa.

Selain kasut sekolah, Yebeng turut menjual stokin, pakaian seragam dan beg sekolah dalam pelbagai saiz, reka bentuk dan corak pastinya menaikkan semangat anak untuk ke sekolah.

Tidak hanya memfokuskan kelengkapan sekolah, Yebeng juga menjual pelbagai jenis kasut, sandal, tumit tinggi wanita, kasut formal lelaki, kasut keselamatan dan pelbagai lagi aksesori untuk semua peringkat usia pada harga yang sangat berpatutan.

Yebeng kini mempunyai 65 cawangan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Seremban, Johor, Pahang, Perak dan Terengganu.

Mereka juga bakal mengembangkan cawangan ke serata negara untuk menawarkan kasut pada harga mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Layari laman web Yebeng untuk mengetahui lokasi cawangan berdekatan anda dan ikuti laman Facebook atau Instagram Yebeng untuk maklumat lanjut dan pengumuman promosi akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Februari 2022 @ 5:50 PM