RABUKA membuktikan masih bertenaga untuk beraksi di peringkat antarabangsa. FOTO Ihsan Sitiveni Rabuka
RABUKA membuktikan masih bertenaga untuk beraksi di peringkat antarabangsa. FOTO Ihsan Sitiveni Rabuka
AFP

Wellington: Perdana menteri Fiji mengetepikan faktor umur dengan memenangi pingat gangsa pada kejohanan olahraga antarabangsa pada usia 75 tahun.

Sitiveni Rabuka, yang beraksi untuk Fiji dalam kedua-dua sukan ragbi dan olahraga pada masa mudanya, meraih podium untuk kategori usianya dalam acara lontar peluru di Kejohanan Oceania di Suva.

Pemimpin dunia yang mengambil bahagian dalam acara sukan bukanlah perkara baru, tetapi jarang sekali bagi seseorang untuk meraih pingat daripada pertandingan antarabangsa.

Rabuka memperoleh gangsa dengan lontaran sejauh 7.09 meter (m) untuk menamatkan saingan di belakang dua pencabar Australia dalam kategori 75-79 tahun bagi wilayah Oceania.

"Walaupun pada usia 75 tahun, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mempunyai tabiat kekal cergas dan sihat," tulisnya di laman Facebooknya.

"Ia sememangnya satu penguat semangat untuk saya," tambah Rabuka, berserta gambarnya memegang pingat.

Ia sudah 50 tahun ahli politik itu mewakili Fiji dalam saingan baling tukul besi, lontar peluru, lempar cakera dan dekatlon di Sukan Komanwel 1974 di Christchurch.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Jun 2024 @ 6:35 PM