SUSPEK dikatakan bertindak memukul dan menendang mangsa sehingga mengalami kecederaan pada telinga dan tangan. FOTO Facebook
SUSPEK dikatakan bertindak memukul dan menendang mangsa sehingga mengalami kecederaan pada telinga dan tangan. FOTO Facebook
Zuliaty Zulkiffli

Yan: Tempoh reman lelaki yang memukul dan menendang bapa tirinya disambung sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

Suspek berusia 29 tahun itu yang ditahan Selasa lalu selepas polis berjaya mengesannya di Kampung Lubuk Iboi, pada jam 6.45 petang hari sama sejurus bapa tiri mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji mengesahkan sambung terhadap suspek direman bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kes masih disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi Selasa lalu, suspek yang juga penagih tegar dan mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) mental dikatakan berang selepas bapa tirinya enggan memberikan wang bagi membeli dadah.

Suspek dikatakan bertindak memukul dan menendang mangsa sehingga mengalami kecederaan pada telinga dan tangan.

Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Yan sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Februari 2022 @ 7:53 PM