Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika ditemubual media sempena Program Kayuhan Reunion antara Cliffordian Cycle Team (CCT) dan Old Cliffordian Association (OCA) di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar hari ini. FOTO BERNAMA
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika ditemubual media sempena Program Kayuhan Reunion antara Cliffordian Cycle Team (CCT) dan Old Cliffordian Association (OCA) di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar hari ini. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kuala Kangsar: Kegiatan ajaran sesat yang dikenal pasti berlaku di negeri ini disyaki berasal dari negeri jiran dan bertapak di daerah Muallim.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata, terdapat satu kumpulan yang di kenal pasti di (daerah) Muallim yang sebenarnya bergerak dari negeri jiran.

"Kemudian kumpulan itu membuat penempatan di Muallim," katanya tanpa mendedahkan nama negeri jiran berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Kayuhan Reunion antara Cliffordian Cycle Team (CCT) dengan Old Cliffordian Association (OCA) di Dataran Pavillion di sini hari ini.

Mior Faridalathrash bagaimanapun berkata, pihaknya enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan itu kerana siasatan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Khamis lalu polis mengesan kegiatan ajaran sesat di Perak berdasarkan video yang tular sebelum ini namun tidak mendedahkannya secara terperinci kerana masih dalam siasatan.

Pada Januari lalu, seorang lelaki memuat naik video secara penstriman langsung menerusi laman Facebook miliknya mendakwa kononnya berlaku perhimpunan ulama serta kemunculan Imam Mahdi di Sabah serta menunjukkan koleksi pedang dan keris yang dijual di sebuah kedai di Kuala Kangsar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Februari 2022 @ 12:10 PM