Nurshafika Suhaimi

IKATAN cinta adalah sebuah drama arahan Doddy Djanas mengisahkan tentang dua bersaudara Andin (Amanda Manopo) dan Elsa (Glenca Chysara), tanpa mereka sedari mereka mencintai jejaka yang sama iaitu Nino (Evan Sanders).

Hubungan mereka yang tidak pernah baik akhirnya menjadi lebih buruk apabila Elsa mengetahui bahawa Nino bakal bernikah dengan Andin.

Meskipun pernikahan Andin dan Nino ditentang oleh Elsa dan Bu Sarah (Natasha Dewanti), namun niat Nino menikahi Andin mendapat restu Pak Surya (Surya Saputra).

Selepas berkahwin, Andin dituduh Elsa sebagai pembunuh Roy, adik Aldebaran dan hamil anak Roy. Insiden ini menyebabkan Elsa kembali merebut hati Nino.

Apakah kesudahan kisah dua beradik ini? Jangan lupa saksikan Ikatan Cinta yang akan ditayangkan di TV9 bermula 26 Januari 2022, setiap Isnin hingga Khamis jam 7.40 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 January 2022 @ 11:42 AM