Zaid Salim

Kuala Terengganu: Keluarga mangsa bunuh, Allahyarhamah Siti Nur Surya Ismail, 19, menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di atas sokongan moral dan mendoakan kesihatan ibu mangsa yang menghidap kanser otak tahap tiga.

Sokongan moral dan doa rakyat Malaysia sama ada dizahirkan secara terus mahupun menerusi media sosial membuatkan keluarga itu terharu di atas keprihatinan masyarakat.

Bapa mangsa, Ismail Muda, 58, berkata, berkat doa pelbagai pihak, keluarganya kini semakin kuat untuk menerima ketentuan Ilahi terhadap arwah anaknya walaupun pahit untuk ditelan.

"Keadaan isteri, Zaini Musa, 55, juga sudah banyak berubah, walaupun masih tidak memahami apa yang berlaku, namun dia kini sudah mampu senyum dan berinteraksi dengan orang yang tidak henti datang ke rumah.

"Setiap hari ada orang datang melawat. Ada yang saya kenal dan ada yang tidak. Mereka datang kerana simpati atas kejadian yang menimpa arwah anak selain menghulurkan pelbagai bentuk sumbangan," katanya ketika ditemui wartawan tadi.

SITI Nurliyana Syuhada bersama abangnya melayani ibu mereka, Zaini yang terlantar akibat kanser otak di rumah datuknya di Kampung Beladau Kepong. FOTO Zaid Salim
SITI Nurliyana Syuhada bersama abangnya melayani ibu mereka, Zaini yang terlantar akibat kanser otak di rumah datuknya di Kampung Beladau Kepong. FOTO Zaid Salim

Tinjauan wartawan sepanjang berada di rumah berkenaan mendapati seluruh keluarga masih trauma dengan kejadian itu walaupun sudah lapan hari berlalu.

Suasana sedih masih menyelubungi keluarga berkenaan yang kini kembali menetap di rumah datuk Allahyarham Siti Nur Surya di Kampung Beladau Kepong, di sini.

Dalam kejadian 1 November lalu, Siti Nur Surya ditemui mati dibunuh di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini, selepas adiknya, Siti Nurliyana Syuhada, 15, menemui mangsa tertiarap di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan ketika pulang dari sekolah.

Mangsa turut mengalami kecederaan pada badan muka dipercayai bergelut sebelum dibunuh dengan senjata tajam.

Berita berkaitan

Bunuh Surya: 'Saya maafkan' - Bapa

Pisau diguna bunuh Surya dijumpai

Bunuh Surya: Masih terbayang tubuh adik kaku

'Saya masih ingat keadaan Surya berlumuran darah' - Bapa [METROTV]

'Saya masih ingat keadaan Surya berlumuran darah' - Bapa [METROTV]

Surya teliti jaga ibunya - Ismail

Video kenangan Surya undang pilu selebriti

Bunuh Surya: 'Semoga saing awak dapat balasan'

Bunuh Surya: Suspek dakwa berang diejek miskin, tidak cantik

Bunuh Surya: Ada rakan jenayah atau berseorangan?

Rakan sekolah Surya direman 7 hari [METROTV]

Ibu sayu lihat jenazah Surya diusung keluar rumah [METROTV]

Surya korban cita-cita demi jaga ibu

Bapa tak percaya rakan sekolah bunuh Surya [METROTV]

Polis tahan rakan sekolah Surya [METROTV]

Jaga diri pesan terakhir Siti Surya [METROTV]

'Saya ingat kakak kena karan'

Ibu terlantar sakit saksi anak perempuan dibunuh penyamun [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2020 @ 5:29 PM