Mohd Zaid di kubur Allahyarham Siti Nur Surya di Kampung di Kampung Beladau Selat, Kuala Terengganu. Foto Zaid Salim
Mohd Zaid di kubur Allahyarham Siti Nur Surya di Kampung di Kampung Beladau Selat, Kuala Terengganu. Foto Zaid Salim
Zaid Salim

Kuala Terengganu: Abang kepada Siti Nur Surya Ismail, 19, yang mati dibunuh masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa adiknya sudah tiada.

Mohd Zaid Azroi, 24, berkata, dia berasa seperti mimpi dan tidak percaya bahawa adik yang selama ini menjadi 'peneman setia' ibu yang menghidap kanser otak 'pergi' secara tiba-tiba.

"Saya masih tidak boleh terima apa yang dilakukan terhadap adik. Ia tidak boleh diterima akal dan tidak percaya dengan apa yang berlaku.

"Bila bercerita mengenai kejadian itu saya menjadi trauma dan sedih apabila teringat peristiwa itu.

"Sehingga kini saya masih terbayang bagaimana tubuhnya kaku dengan berlumuran darah dan tiada pergelangan tangan," katanya ketika ditemui di kubur Siti Nur Surya di Kampung Beladau Selat di sini, hari ini.

Menurutnya, dia dan keluarga tidak terdaya menahan kesedihan setiap kali memasuki rumah berkenaan dan mengakui insiden itu memang sukar untuk dilupakan.

Sebab itu, katanya, bapa, Ismail Muda, 58, membuat keputusan berpindah ke rumah datuk di Kampung Beladau Kepong, kira-kira 300 meter dari tanah perkuburan.

"Bagaimanapun, ada bapa saudara yang menjenguk dan tidur di rumah berkenaan," katanya.

Menurutnya, pemergian Siti Nur Surya sangat meninggalkan kesan kepada keluarga terutama dalam menjaga dan mengurus ibunya, Zaini Musa, 55.

"Dia pandai mengurus segala keperluan ibu dan semua itu dilakukannya sendiri. Kami tidak mampu lakukan sebagaimana yang adik lakukan," katanya.

Berita berkaitan

'Saya masih ingat keadaan Surya berlumuran darah' - Bapa

Surya teliti jaga ibunya - Ismail

Video kenangan Surya undang pilu selebriti

Bunuh Surya: 'Semoga saing awak dapat balasan'

Bunuh Surya: Suspek dakwa berang diejek miskin, tidak cantik

Bunuh Surya: Ada rakan jenayah atau berseorangan?

Rakan sekolah Surya direman 7 hari [METROTV]

Ibu sayu lihat jenazah Surya diusung keluar rumah [METROTV]

Surya korban cita-cita demi jaga ibu

Bapa tak percaya rakan sekolah bunuh Surya [METROTV]

Polis tahan rakan sekolah Surya [METROTV]

Jaga diri pesan terakhir Siti Surya [METROTV]

'Saya ingat kakak kena karan'

Ibu terlantar sakit saksi anak perempuan dibunuh penyamun [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2020 @ 3:04 PM