GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Polis mengesahkan kematian seorang tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, hari ini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, tahanan lelaki berusia 63 tahun itu disahkan meninggal dunia jam 11 pagi.

Menurutnya, orang kena tuduh (OKT) itu adalah tahanan tumpang dari Penjara Taiping yang dituduh pada 18 April tahun lalu.

"OKT itu dituduh atas kesalahan mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK).

"OKT ditempatkan di lokap berkenaan kerana hadir untuk sebutan semula kes pada Selasa lalu dan esok untuk sebutan seterusnya," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 January 2022 @ 6:44 PM