GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Tujuh penunggang motosikal besar yang berlagak menjadi marsyal ketika konvoi bermotosikal dalam dua kejadian di daerah ini dituduh di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, bagi kes pertama yang berlaku di lokasi berdekatan lampu isyarat Sua Betong di sini, pada 5.45 petang, 20 November lalu, pertuduhan membabitkan lima individu.

Beliau berkata, lima penunggang motosikal berkuasa tinggi itu dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, selain dituduh mengikut Kaedah 50 LN 166/57 serta Kaedah 17 LN 167/59.

Katanya, bagi kes kedua yang berlaku di Jalan Sungai Raya hingga Tanjung Agas, pada 11.10 pagi, 5 Disember lalu, dua penunggang motosikal berkuasa tinggi akan didakwa mengikut Seksyen 89(c) Akta Polis 1967 dan Kaedah 94 LN 170/59.

"Semua pertuduhan itu akan dijalankan esok pada 8.30 pagi di Mahkamah Majistret di sini," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 January 2022 @ 4:39 PM