PGA Batalion 6 bersama pegawai dan anggota polis dari IPD membersihkan kawasan banjir di Taman Sri Nanding, di sini, hari ini.  FOTO Ihsan PDRM
PGA Batalion 6 bersama pegawai dan anggota polis dari IPD membersihkan kawasan banjir di Taman Sri Nanding, di sini, hari ini. FOTO Ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Hulu Langat: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 6 bersama pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berganding bahu membersihkan kawasan banjir di Taman Sri Nanding, di sini, hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataannya berkata, penugasan bantuan OP Pasca Banjir itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (PGA), Datuk Kasuahdi Ali dan Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim.

PEGAWAI dan anggota PGA Batalion 6 dari IPD Kajang menggunakan water canon untuk membersihkan kawasan banjir di Taman Sri Nanding, di sini, hari ini.  FOTO Ihsan PDRM
PEGAWAI dan anggota PGA Batalion 6 dari IPD Kajang menggunakan water canon untuk membersihkan kawasan banjir di Taman Sri Nanding, di sini, hari ini. FOTO Ihsan PDRM

Menurutnya, pasukan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mula membersih kawasan itu bermula jam 9 pagi.

"Sebanyak tiga lori, tiga water canon dan 8 E-Bike milik PDRM digunakan dalam operasi ini.

"Polis turut membersihkan longkang di Jalan Zamrud 5, Taman Sri Nanding yang terjejas akibat banjir," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 5:09 PM