ANTARA kediaman penduduk di Kampung Paya Lebar Batu Anam yang dilanda banjir. FOTO Ahmad Ismail
ANTARA kediaman penduduk di Kampung Paya Lebar Batu Anam yang dilanda banjir. FOTO Ahmad Ismail
Mohamed Farid Noh


Segamat: Mangsa banjir di Segamat terus meningkat kepada 658 orang daripada 192 keluarga yang ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 12 tengah hari ini.

Ia berbanding 456 mangsa daripada 133 keluarga di lapan PPS, 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan menasihatkan mangsa banjir supaya segera berpindah ke PPS sebaik arahan diberikan selain memastikan semua punca bekalan elektrik ditutup sepenuhnya apabila berpindah.

"Sembilan PPS yang dibuka adalah di Balai raya Kampung Sermin (enam mangsa), Dewan Serbaguna Pekan Air Panas (36 mangsa daripada 13 keluarga) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun (160 mangsa daripada 38 keluarga).

"PPS yang turut dibuka adalah di Balai raya Kampung Paya Lenga (lima mangsa), Balai raya Paya Lebar (15 mangsa daripada tiga keluarga) dan Balai raya Kampung Gelang Chinchin (lima mangsa daripada tiga keluarga).

"Mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang (223 mangsa daripada 73 keluarga) dan Dewan Serbaguna Jalan Genuang (enam mangsa) dan PPS terbaru adalah PPS Sekolah Kebangsaan Batu Anam (202 mangsa daripada 59 keluarga)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 12:45 PM