MAYAT wanita tanpa identiti dan lengkap berpakaian ditemuikan terapung di perairan Sekinchan. FOTO Ihsan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
MAYAT wanita tanpa identiti dan lengkap berpakaian ditemuikan terapung di perairan Sekinchan. FOTO Ihsan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Amirul Aiman Hamsuddin


Sekinchan: Mayat wanita tanpa identiti dan lengkap berpakaian ditemukan terapung di perairan Sekinchan, di sini, hari ini.

Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Stesen Maritim Udara Subang (SUMS) berhubung penemuan itu pada 9.55 pagi.

Beliau berkata, sebuah bot Perkasa 36 yang sedang dalam operasi diarahkan ke lokasi untuk mengesan dan mengambil mayat itu.

"Pada 1.15 petang, kami menemui mayat wanita yang lengkap berpakaian berwarna gelap.

"Mayat dihantar ke jeti nelayan Sekinchan untuk diserahkan kepada polis bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Mohammad Rosli menyeru orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan segera menghubungi Maritim Negeri Selangor di talian 03-21760627.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Disember 2021 @ 9:25 PM