JULIUS  tiba di pusat penamaan calon di Perpustakaan Awam Sibujaya bersama penyokong Vincent Nawin dan pencadangnya, Wen Achad. FOTO Mohd Roji Kawi
JULIUS tiba di pusat penamaan calon di Perpustakaan Awam Sibujaya bersama penyokong Vincent Nawin dan pencadangnya, Wen Achad. FOTO Mohd Roji Kawi
Mohd Roji Kawi
mdroji@bh.com.my


Kuching: Lapan calon mengemukakan borang pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong pada hari penamaan calon Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, setakat 9.30 pagi hari ini.

Ia bakal menyaksikan pertembungan antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Tiong King Sing yang akan dicabar calon DAP, Paul Ling, calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Wong Hie Ping, calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Julius Enchane, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Jane Lau Sing Wee dan calon Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Josephine Lau Kiew Peng.

Turut bertanding dua calon Bebas, Engga Unchat dan Fadhil Mohamad Isa.

Ketika ini, proses penelitian sedang dijalankan dan Pegawai Pengurus Pilihanraya bagi kerusi DUN Dudong, Abdul Razak Awang Bini dijangka mengumumkan senarai rasmi calon bertanding pada 10 pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 9:51 AM