Sebanyak 92 saman dikeluarkan kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk seorang remaja yang dipercayai memiliiki motosikal curi dalam operasi Ops Bersepadu Motosikal. FOTO IHSAN PDRM
Sebanyak 92 saman dikeluarkan kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk seorang remaja yang dipercayai memiliiki motosikal curi dalam operasi Ops Bersepadu Motosikal. FOTO IHSAN PDRM
Roselan Ab Malek


Maran: Remaja lelaki bawah umur ditahan kerana dipercayai memiliki motosikal curi di sekatan jalan raya di susur keluar Plaza Tol Sri Jaya, di sini.

Dalam Ops Bersepadu Motosikal bermula 7 malam semalam hingga 2.30 pagi tadi, remaja berusia 16 tahun itu sedang menunggang Honda EX5 berwarna hitam.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, pemeriksaan pada nombor chasis dan enjin tidak dapat dibaca.

"Semakan kompol pada nombor chasis dalam sistem SPRJ didapati motosikal terbabit masih dilaporkan hilang di Majidee, Johor.

"Berikutan itu, remaja terbabit ditahan manakala motosikal dirampas untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, dalam operasi sama, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 92 saman kepada pemilik kenderaan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 November 2021 @ 6:12 PM