KENDERAAN yang terjatuh ke dalam gaung di Jalan Kinarasan Ranau-Tambunan. FOTO Ihsan Bomba.
KENDERAAN yang terjatuh ke dalam gaung di Jalan Kinarasan Ranau-Tambunan. FOTO Ihsan Bomba.
Juwan Riduan


Ranau: Bayi usia setahun antara dua yang parah selepas kenderaan dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Kinarasan Ranau-Tambunan, di sini semalam.

Selain bayi itu, mereka yang parah adalah wanita berusia 45 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.22 petang dan sepasukan lapan anggota bersama jentera dan van EMRS segera ke lokasi.

"Sebaik tiba, didapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan Hyundai Matrix yang terbabas sendiri dan terjunam dalam gaung sedalam lebih tiga meter.

"Terdapat empat mangsa di mana dua daripadanya parah dan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital.

"Dua lagi iaitu pemandu dan penumpang tidak cedera," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pasukan melakukan pemeriksaan akhir di kawasan dan operasi tamat sepenuhnya 4.37 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 November 2021 @ 3:32 PM