Anggota MOSAR membantu membawa turun mangsa yang terjatuh ketika menuruni Gunung Kinabalu, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Anggota MOSAR membantu membawa turun mangsa yang terjatuh ketika menuruni Gunung Kinabalu, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Juwan Riduan


Ranau: Pendaki yang mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika menuruni Gunung Kinabalu di sini, terpaksa diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Mosar) di Kilometer (KM) 7.1, hari ini.

Dalam kejadian pada 9 pagi itu, mangsa tercedera dan sukar bergerak serta perlu dibantu untuk turun bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.13 pagi.

Menurutnya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai termasuk Mosar dan mglim Gunung dikerah ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota PBB Mosar bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil dan selamat.

"Mangsa seterusnya dibawa turun ke 'Timpohon Gate' menggunakan pengusung oleh pasukan penyelamat," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dihantar pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Februari 2022 @ 7:35 PM