Keadaan banjir yang sudah surut di rumah penduduk di PPRT Panchor, Pantai Remis di Manjung. FOTO IHSAN PENDUDUK
Keadaan banjir yang sudah surut di rumah penduduk di PPRT Panchor, Pantai Remis di Manjung. FOTO IHSAN PENDUDUK
Noor Hidayah Tanzizi


Manjung: Banjir akibat air pasang besar di daerah ini pulih sepenuhnya dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Panchor, Pantai Remis, di sini yang dibuka kelmarin, tutup pada jam 4.30 petang.

PPS itu menempatkan 73 mangsa daripada 23 keluarga membabitkan penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Panchor.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Manjung, Shamsul Ridzuan Idris berkata,

pemantauan dibuat mendapati banjir sepenuhnya dan kediaman mangsa selamat untuk diduduki semula.

"Justeru PPS ditutup dan semua penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Fenomena air pasang besar turut menjejaskan beberapa kawasan di Bagan Datuk dan Teluk Intan, namun kawasan ditenggelami air surut selepas beberapa jam dan tiada pemindahan penduduk.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 November 2021 @ 6:28 PM