HM Digital

Kuala Lumpur: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM332.1 bilion untuk Bajet 2022.

Peruntukan itu adalah tertinggi berbanding bajet sebelum ini.

Menurutnya, ia dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Belanja Mengurus sebanyak RM233.5 bilion, Belanja Pembangunan (RM75.6 bilion) dan Kumpulan Wang Covid-19 (RM23 bilion) dan Simpanan Luar Jangka (RM2 bilion).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (tengah) membawa laporan Bajet 2022 keluar dari Kompleks Kementerian Kewangan menuju ke Bangunan Parlimen bagi membentangkan bajet tersebut hari ini. FOTO BERNAMA

Beliau berkata demikian ketika pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 4:23 PM