SEORANG anggota polis maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang kemalangan kendiri di atas jejambat. FOTO Norsyazwani Nasri
SEORANG anggota polis maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang kemalangan kendiri di atas jejambat. FOTO Norsyazwani Nasri
Norsyazwani Nasri


Serian: Anggota polis maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas di Kilometer 58 Jalan Kuching- Sri Aman di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 10.04 pagi itu, Koperal Zairulizan Ismail, 38, beralamat di Kampung Melayu Tebakang di sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan berlaku ketika motosikal Kawasaki Z1000 ditunggang mangsa dari arah Kuching menuju ke Serian.

"Sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan dan melanggar konkrit pembahagi jalan.

"Mangsa terbabas dan mengalami kecederaan serius di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mayatnya dibawa ke hospital Serian untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Oktober 2021 @ 3:27 PM