KEADAAN kereta mangsa dipercayai terbabas ke tepi jalan lalu melanggar pembetung konkrit yang diletakkan di tepi simpang Sorak. FOTO Melvin Joni
KEADAAN kereta mangsa dipercayai terbabas ke tepi jalan lalu melanggar pembetung konkrit yang diletakkan di tepi simpang Sorak. FOTO Melvin Joni
Melvin Joni


Serian: Guru wanita meninggal dunia selepas Perodua Bezza dipandunya melanggar pembetung konkrit yang diletak di tepi simpang Sorak, berhampiran Kilometer 5, Jalan Serian-Tebedu dekat sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, pada kejadian jam 7.20 pagi, mangsa, 29, parah di kepala dan leher.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Hospital Serian.

"Kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Serian menuju ke arah Tebedu.

"Kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan dan melanggar pembetung konkrit," katanya pada kenyataan.

Alexson berkata, ketika kejadian, hujan melanda kawasan itu.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Serian untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 November 2021 @ 2:44 PM