Kemalangan mengorbankan remaja lelaki 18 tahun. FOTO ihsan PDRM
Kemalangan mengorbankan remaja lelaki 18 tahun. FOTO ihsan PDRM
Ekhwan Haque Fazlul Haque

Serian: Remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh hentian bas di kilometer 57, Jalan Serian-Kuching, di sini, pagi tadi.

Kemalangan kira-kira jam 7.35 pagi itu menyebabkan Alex Ajie Presley, 18, disahkan maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Deputi Superintendan Bingkok John berkata, kejadian itu juga menyebabkan rakan mangsa berusia 16 tahun yang membonceng motosikal berkenaan cedera namun disahkan stabil.

Menurutnya, siasatan awal mangsa dalam perjalanan menuju ke arah Serian sebelum motosikal Yamaha Lagenda ditungganginya hilang kawalan dan merempuh hentian bas di sebelah kiri jalan.

"Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Serian untuk bedah siasat manakala pembonceng yang cedera dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 2:05 PM