GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Oleh Ilah Hafiz Aziz


Kuala Lumpur: Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 semalam, direkodkan kembali naik dengan tahap 0.87 selepas dua hari mencatatkan penurunan.

Terdahulu, rekod Rt pada kelmarin dan Rabu lalu adalah 0.86, turun sejak kali terakhir ia direkodkan pada tahap sama pada 9 Oktober lalu.

Data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga menunjukkan, hanya Kuala Lumpur mencatat Rt tertinggi melebihi 1 dengan tahap 1.02.

Beberapa negeri juga mencatat nilai Rt di bawah 1 iaitu Negeri Sembilan (0.98), Putrajaya (0.95), Melaka (0.94) Selangor (0.93) dan Sabah (0.91).

Kelantan merekodkan 0.87, Johor (0.86), Kedah (0.86), Terengganu (0.86), Pulau Pinang (0.84), Pahang (0.81), Sarawak (0.80) dan Perlis (0.75).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Oktober 2021 @ 12:57 PM