GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Noor Atiqah Sulaiman
am@hmetro.com.my


Putrajaya: Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 negara, hari ini yang berdasarkan kes harian adalah 1.06, menurun sedikit berbanding 1.07, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun dua negeri mencatat Rt paling tinggi dan melebihi nilai Rt negara iaitu Pahang dan Putrajaya dengan 1.17.

Menurutnya, data negeri itu setakat semalam, yang menunjukkan Rt di Putrajaya meningkat berbanding kelmarin yang bernilai 1.06, sementara Pahang menurun berbanding 1.24 sebelumnya.

"Negeri lain yang mencatatkan nilai Rt lebih 1.0 ialah Melaka (1.12); Selangor (1.08); Kuala Lumpur (1.06); Kedah (1.05); Terengganu (1.04) dan Sabah (1.02).

"Negeri yang mencatatkan nilai Rt bawah 1.0 pula ialah Negeri Sembilan (0.97); masing-masing 0.91 di Johor dan Labuan; Sarawak (0.90); Terengganu (0.88) dan Kelantan (0.82)," katanya.

Untuk rekod, nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai Rt, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Julai 2021 @ 9:54 AM