Gambar fail, Noor Hisham Abdullah. FOTO NSTP.
Gambar fail, Noor Hisham Abdullah. FOTO NSTP.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara menurun kepada 0.93 setakat hari ini berbanding 0.94 semalam, dengan Negeri Sembilan mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.03.

Menerusi data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Facebook beliau malam ini, Labuan dan Sabah merekodkan Rt kedua tertinggi masing-masing pada 1.02 diikuti Sarawak (1.00).

Kelantan pula merekodkan Rt terendah iaitu 0.75.

Antara negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Kuala Lumpur (0.97), Johor dan Selangor (0.95), Putrajaya (0.91) Melaka (0.90), Kedah (0.87), Perak (0.84), Perlis (0.83), Pulau Pinang (0.82), Pahang (0.79) dan Terengganu (0.76).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Jun 2021 @ 12:02 AM