GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di negara ini mencatatkan 1.07 nilai Rt berdasarkan kes harian yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan data terbaru itu negeri yang mencatatkan nilai Rt yang tertinggi adalah Pahang dengan catatan 1.24.

"Negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.17), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.10), Selangor (1.09), Melaka (1.08), Kedah (1.06), Pulau Pinang (1.05) dan Sabah (1.04).

"Negeri yang mencatatkan nilai Rt bawah 1.0 pula ialah Negeri Sembilan (0.99); Johor (0.93); Labuan (0.90); Sarawak (0.89); Terengganu (0.88) dan Kelantan (0.81)," katanya.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai Rt, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 7:39 PM