Amir Abd Hamid
amir_hamid@mediaprima.com.my


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan prosedur operasi standard (SOP) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kepada Jawatankuasa Pengurusan Pandemik Covid-19 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, esok.

Menjelaskan demikian dalam sidang media hari ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan memberikan ulasan pada mesyuarat yang sama.

SPR menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal 16 November.

GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka pada 4 Oktober lalu apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bertindak menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat bekas Adun berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Oktober 2021 @ 7:31 PM