GrabPay meningkatkan ciri keselamatan yang berbilang lapisan bagi melindungi setiap urus niaga Grab - FOTO Grab
GrabPay meningkatkan ciri keselamatan yang berbilang lapisan bagi melindungi setiap urus niaga Grab - FOTO Grab
Mohammad Asyraf Khalib

PERKHIDMATAN e-dompet dalam aplikasi popular Grab, GrabPay, baru-baru ini memperkasa ciri keselamatan yang direka bagi melindungi pengguna daripada risiko penipuan dan penggodam. 

Penambahbaikan itu adalah sebahagian usaha berterusan serta pelaburan Grab demi menyediakan platform pembayaran dalam talian lebih selamat untuk pengguna.

Menurut Grab, ciri keselamatan berbilang lapisan GrabPay membolehkan pengguna melakukan urus niaga digital secara nyata dengan lebih selamat. 

Salah satu ciri yang diperbaiki adalah pengesahan dua faktor (2FA) dengan Grab PIN dan biometrik yang disarankan untuk semua pengguna GrabPay. 

Berdasarkan rekod, jumlah pengguna platform pembayaran digital di Malaysia menunjukkan peningkatan dengan 62 peratus memilih e-dompet dan 52 peratus lagi memilih bayaran digital secara nyata.

Justeru, penambahbaikan ciri keselamatan ini memberi lebih keyakinan kepada pengguna bahawa GrabPay adalah kaedah pembayaran lebih selamat.

Ciri keselamatan 2FA melindungi pengguna telefon pintar daripada sebarang niat jahat penggodam. Untuk itu, semua pengguna GrabPay disaran mencipta enam digit Grab PIN masing-masing. 

Pengguna juga mempunyai pilihan untuk mengaktifkan pengesahan biometrik tambahan seperti cap jari atau pengenalan wajah menerusi tetapan yang tersedia pada peranti mereka.

Ketua GrabPay Grab Malaysia Priyanka Madan berkata, sebagai penyedia teknologi tempatan, Grab sentiasa menyokong usaha menjadikan kaedah pembayaran digital lebih selamat, mudah dan lancar. 

"Kami mengutamakan perlindungan data dan maklumat pengguna merangkumi semua khidmat kewangan dan platform kami. 

"Bermula tahun lalu, kaedah pembayaran digital secara nyata mula menjadi pilihan utama rakyat Malaysia, justeru itu kami mempertingkat perkhidmatan demi memenuhi permintaan pelanggan dan rakan peniaga," katanya. 

Sementara itu, Priyanka turut menjelaskan bahawa Grab pada masa sama berkolaborasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan lain untuk mengintegrasikan PayLater daripada Grab.

Ia adalah sebahagian komitmen Grab bagi menawarkan pilihan bayaran inklusif, fleksibel, memberi ganjaran dan dalam masa yang sama membolehkan pengguna mengurus perbelanjaan mereka. 

Mengulas lanjut mengenai inisiatif itu, Priyanka berkata pengguna baru GrabPay yang membeli secara dalam talian sejak kempen Shop Malaysia Online dilancarkan meningkat sebanyak 35 peratus.

"80 peratus pengguna PayLater yang sedang menggunakan perkhidmatan ini menjadikan ia sebagai medium belanjawan untuk merancang pembelian. 

"Kini, dengan ciri pengesahan dua faktor pada platform ini, pengguna boleh berbelanja dengan senang hati apabila mereka membayar dengan GrabPay," katanya.

Lebih selamat dengan GrabPay

Image

Sejak dilancarkan, GrabPay dilengkapi pelbagai lapisan ciri keselamatan bagi melindungi pengguna ketika membuat transaksi secara dalam atau luar talian.

  • Pengesahan dua faktor (2FA) 

Semua pengguna GrabPay dikehendaki menetapkan 2FA dengan Grab PIN enam angka. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menetapkan pengesahan biometrik cap jari atau wajah bagi memperkukuh tahap keselamatan dompet GrabPay dan maklumat peribadi.

  • Keselamatan daripada pemalsuan data

GrabPay disepadu dengan enjin pengesanan pemalsuan 24 jam, sistem keselamatan dalaman dan fungsi anti-pemalsuan yang diselaras dengan algoritma canggih bagi mencegah dan mengesan pemalsuan sekali gus mengelak sebarang transaksi yang tidak dibenarkan. 

GrabPay juga bekerjasama dengan sistem keselamatan terkemuka global yang mempunyai kemampuan dalam mengesan pemalsuan demi memastikan hanya transaksi GrabPay tulen sahaja dibenarkan. 

  • Privasi dan Keselamatan

Semua maklumat peribadi, pembayaran dan kad kredit pengguna GrabPay terpelihara dan sama sekali tidak akan dikongsi atau digunakan bagi tujuan lain. 

Keselamatan data GrabPay tertakluk kepada Piawaian Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (PCI DSS) iaitu suatu peraturan pengesahan paling ketat dalam industri pembayaran global.

  • Perkhidmatan pelanggan

Grab dibangunkan untuk mendidik pengguna mengenai GrabPay dan bertugas mencari penyelesaian bagi mengatasi sebarang masalah. Pengguna boleh menghubungi unit sokongan pelanggan Grab menerusi aplikasi Grab bagi mendapatkan bantuan segera.

  • Mengikut peraturan kerajaan

GrabPay dikendalikan mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), manakala maklumat baki dompet pengguna disimpan dan dilindungi rakan perbankan Grab di seluruh dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri keselamatan GrabPay, layari pautan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Oktober 2021 @ 3:57 PM