LAPORAN Harian Metro baru-baru ini.
LAPORAN Harian Metro baru-baru ini.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas bagi menangani kebanjiran pengemis Rohingya di negara ini yang didapati semakin serius.

Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Halim Ishak berkata, kegiatan mengemis di lampu isyarat adalah sesuatu yang memalukan dan mencemarkan imej.

"Isu warga Rohingya ini bukanlah baru tapi sudah lama berlaku. MCCF sudah beberapa kali menyarankan pihak berkuasa supaya mengambil tindakan serius ke atas kebanjiran warga Rohingya.

"Aktiviti mengemis di jalanan ini juga mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Halim berkata, kebanjiran pengemis ini amat ketara dilihat di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Selain mengemis mereka juga dilihat mendominasi kawasan persekitaran Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Borong Selangor.

"Adab dan budaya warga Rohingya ini memang jauh berbeza daripada budaya masyarakat Keluarga Malaysia," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Etnik Rohingnya kini dikesan 'mendominasi' lampu isyarat di sekitar Jalan Ampang Ulu dan Jalan Ampang di sini, bagi mengemis di kawasan berkenaan.

Kehadiran pengemis di kawasan itu juga menyebabkan pengguna jalan raya menjadi rimas dengan tindakan mereka yang mengetuk tingkap kereta untuk meminta sedekah.

Tinjauan Harian Metro pada minggu lalu mendapati ada antara mereka menggunakan modus operandi baru iaitu mendukung anak kecil bagi meraih simpati pengguna jalan raya.

Jurugambar Harian Metro sempat merakam kegiatan mereka yang dikesan bermula pada 9 pagi sehingga petang.

Berita berkaitan:

  • Pengemis Rohingya ludah kereta selepas ditegur mengemis [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Oktober 2021 @ 2:20 PM