GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Melvin Joni


Kuching: Pemilik pusat hiburan dan 63 pelanggannya dikompaun kerana didapati tidak menjaga penjarakan fizikal di dalam premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kompaun dikeluarkan sepasukan anggota Balai Polis Sentral yang menjalankan tugas Task Force Pemerkasaan Pematuhan SOP (PKP) 3.0 Zon 3 pada jam 12.15 malam, semalam.

"Semasa pemeriksaan, pusat hiburan di Carpenter Street itu didapati beroperasi melebihi masa dan seramai 44 lelaki dan 20 wanita didapati tidak mematuhi penjarakan fizikal," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, setiap seorang pelanggan terbabit dikompaun RM1,500 manakala pemilik premis sebanyak RM10,000.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 September 2021 @ 4:48 PM