Seramai 10 individu dan seorang pemilik premis perniagaan dikenakan  kompaun kerana gagal mematuhi jarak fizikal dalam Op Pematuhan pihak polis di sebuah premis di Jalan Song, Kuching, malam tadi. FOTO NORSYAZWANI NASRI
Seramai 10 individu dan seorang pemilik premis perniagaan dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi jarak fizikal dalam Op Pematuhan pihak polis di sebuah premis di Jalan Song, Kuching, malam tadi. FOTO NORSYAZWANI NASRI
Norsyazwani Nasri


Kuching: Seramai 10 individu dan seorang pemilik premis perniagaan dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam Op Pematuhan di sebuah premis di Jalan Song, di sini, malam tadi.

Pemeriksaan jam 8.30 malam itu dilakukan 11 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, 10 individu dikompaun RM1,500 setiap seorang manakala pemilik premis dikompaun RM10,000.

"Kesemua yang dikompaun adalah warga tempatan berusia lingkungan 35 hingga 53 tahun.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, mereka didapati duduk rapat antara satu lain dan tidak mematuhi penjarakan fizikal yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kompaun dikeluarkan atas kesalahan mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 iaitu kesalahan tiada penjarakan fizikal.

Ahsmon mengingatkan masyarakat untuk terus mematuhi SOP dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 demi kebaikan bersama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 September 2021 @ 12:38 PM