Seramai 37 individu termasuk pemilik premis makanan dikompaun selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Sitiawan. FOTO IHSAN PDRM
Seramai 37 individu termasuk pemilik premis makanan dikompaun selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Sitiawan. FOTO IHSAN PDRM
Noor Hidayah Tanzizi


Manjung: Seramai 37 individu termasuk pemilik premis makanan dikompaun selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Sitiawan, di sini, semalam.

Tindakan itu diambil sepasukan anggota Task Force Pematuhan SOP PKPP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bersama anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang melakukan pemeriksaan pada 11 malam.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pemeriksaan pada 11 malam mendapati pemilik premis gagal mematuhi SOP iaitu tiada penjarakan fizikal serta mengehadkan bilangan pelangan.

Menurutnya, semua pelanggan yang dikompaun membabitkan 21 lelaki dan 15 perempuan berusia 18 hingga 42 tahun.

"Seramai 36 pelanggan itu dikompaun RM1,500 setiap orang, manakala pemilik premis iaitu lelaki berusia 39 tahun pula dikompaun RM2,000.

"Selain itu, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) juga mengambil tindakan menutup premis berkenaan kerana gagal mematuhi SOP," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pemilik premis diambil tindakan mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (EHDTTH) kerana menjalankan aktiviti karaoke tanpa lesen hiburan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Mei 2021 @ 6:59 PM